Jumaat, 27 Julai 2012

PERHATIAN KEPADA PELANGGAN!!!!

Assalammualaikum,


kepada pelanggan yang di hormati..di sini saya hendak memaklumkan kepada anda yang membeli secara borong terutama belian tudung..saya telah menerima 2 pelanggan yang berasal dari johor dan mereka ini telah membeli secara borong 10pcs tudung..untuk pengetahuan pelanggan kami mereka ini langsung tidak berikan kerjasama dengan baik dan tidak bertolak ansur kepada peniaga on9 seperti kami.
ini kerana jika barang tidak sampai dalam masa 1 hari mereka telah sms dan memaki hamun pihak kami..keadaan ini menyebabkan kami tidak selesa berurusan dengan pelanggan yang bersikap pentingkan diri sendiri dan kurang sopan..bahasa-bahasa sms mereka tidak menyenangkan bagi pihak kami.
Kami tahu anda telah membuat bayaran terlebih dahulu tetapi setiap barang yang kami poskan adalah urusan pengedar kami kerana pihak pengedar yang akan poskan barang2 anda itu..kerana stok yang ada pada kami tidak banyak seperti yang anda mahukan.disebabkan itulah kami telah meminta pengedar utk poskan terus kepada anda agar tidak menunggu lama untuk penghantaran daripada pengedar kepada kami.
Kalau ikutkan kami tidak berikan jualan borong tudung sebanyak 10pcs kerana jika anda hendak membeli borong haruslah membeli sekodi iaitu sebanyak 20pcs..kami sanggup membantu anda agar boleh membuat belian cuma 10pcs..jika di kedai lain anda tidak akan dapat membeli sebanyak itu.
Setiap berniaga on9 ini ada sesetengah pelanggan yang kami tak kenal dan ada juga kesilapan yang berlaku walaupun tidak di duga tetapi jangan menghina kami..kami tidak memaksa anda untuk membeli barangan kami melalui on9 itu adalah pilihan anda sendiri..kami berharap pelanggan yang berkenaan tidak lagi melayari blog kami untuk sebarang order..kami betul2 minta maaf..kami berharap pelanggan boleh bertolak ansur dengan belian secara on9 ini..tqvm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan